MAKLUMAN TERKINI

SELAMAT MAJU JAYA UNTUK PEPERIKSAAN SPE (BAHASA MELAYU KERTAS I & II ESOK). ULANGKAJI PELAJARAN DENGAN BERSUNGGUH-SUNGGUH.
Kepada pelajar-pelajar sekalian, sila pergi ke link di bawah untuk melihat maklumat terkini berkaitan topik ulangkaji Peperiksaan Percubaan - Ogos 2015 (Terutamanya untuk BAHAGIAN C dan BAHAGIAN D). Terima kasih.
http://bmt8g.blogspot.com/2015/07/10-topik-ulangkaji-untuk-peperiksaan.html

#NOTA PELAJARAN juga telah dikemaskini. Sila view blog ini dalam bentuk Web Version, cari menu bar 'NOTA' dan klik.
- Untuk nota tambahan, sila lakukan pencarian di Internet.
Assalamualaikum WBT dan selamat sejahtera kepada para pelajar. Di sini ada cikgu lampirkan nota tambahan teknik/cara menukarkan ayat aktif dan ayat pasif. Sila rujuk Buku Teks Bahasa Melayu Tahun 8 m.s: 264-265.







[TERKINI 14/8/2015] #TIPS MENJAWAB UJIAN LISAN
Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada pelajar-pelajar sekalian.
Beikut adalah jadual bagi Ujian Lisan Bahasa Melayu bagi Tahun 8.
No giliran adalah mengikut senarai nama dalam 'register list'.

11-8-2015 (Selasa)
Kesemua pelajar lelaki T8R & TY8B


12-8-2-15 (Rabu)

Kesemua pelajar perempuan T8R & T8B


13-8-2015 (Khamis)

Kesemua pelajar lelaki T8G & T8Y


17-8-2015 (Isnin)

Kesemua pelajar perempuan T8G & T8Y
 ---------------------------------
Jam: 1:00 hingga 4:00 petang [mengikut kesesuaian].
Tempat: Perpustakaan sekolah.
====================
TEKNIK MENJAWAB UJIAN LISAN

Ujian lisan diadakan adalah untuk menguji kebolehan pelajar berkomunikasi menggunakan bahasa Melayu standard dengan betul dalam pelbagai bidang. Contohnya soalan/gambar akan berkisar tentang bidang pendidikan/ ekonomi/ isu semasa/ sains dan sebagainya. Dengan melakukan ujian lisan, tahap kefahaman pelajar dan kebolehan pelajar menyampaikan maklumat dapat diuji. Kelak, selepas kamu tamat persekolahan, kebolehan berkomunikasi secara lisan amat penting untuk kerjaya kamu.

1. BUAT PERSEDIAAN
- Banyakkan membaca bahan-bahan dalam bahasa Melayu (contohnya tentang isu-isu semasa, sama ada di dalam/luar negara).
- Perlu berlatih untuk bertutur dalam bahasa Melayu terutamanya sewaktu kelas Bahasa Melayu berlangsung. Pada masa yang sama, cuba untuk berkomunikasi dengan rakan-rakan kamu dengan menggunakan bahasa Melayu yang betul.

2. HADIR TEPAT MASA
- Pastikan kamu berada di tempat ujian lisan diadakan sekurang-kurangnya beberapa minit lebih awal.


3. BERPAKAIAN YANG SESUAI DAN KEMAS
- Pakaian mestilah kemas dan tidak kotor.

4. BERTENANG.
- Sewaktu duduk di hadapan pemeriksa, kamu hendaklah bertenang dan percaya diri, walaupun mungkin nanti ada pertanyaan yang diajukan sedikit payah/tidak diketahui cara menjawabnya.
- Mulakan perbualan dengan memberi salam atau mengucapkan 'selamat petang' kepada pemeriksa. Dan apabila tamat ujian lisan, ucapkan 'terima kasih'.
- Di sepanjang perbualan kamu dengan pemeriksa, panggil mereka 'Cikgu' dan jangan menggunakan perkataan 'engkau/kau/kamu' bagi merujuk dirinya. Itu adalah tidak sopan.

5. BERI JAWAPAN TERBAIK.
- Setelah kamu diminta untuk menghuraikan gambar yang kamu terima, mulakan dengan ayat "Gambar ini menunjukkan...." , "Peristiwa yang terjadi di dalam gambar ini adalah..." , "Dari apa yang saya boleh fahami, gambar ini menceritakan tentang...", dan sebagainya.
- Cuba untuk terus bercerita dengan mengaitkannya dengan kehidupan sebenar. Contoh menjawab adalah seperti latihan rumusan:
   
A) Kamu ceritakan dahulu tentang hal-hal/perkara/kejadian yang boleh kamu nampak/fahami dalam gambar. 
  
B) kemudian kaitkan gambar tersebut dengan kejadian yang berlaku dalam kehidupan sebenar. Contohnya tajuk/gambar yang diberikan kepada kamu adalah tentang menjaga kesihatan.
--> Cuba kamu nyatakan apa kepentingan menjaga kesihatan?
--> Selain daripada bersenam, kita juga perlu makan makanan yang seimbang. Berikan contohnya.
--> Selain bersenam dan makan yang seimbang, bagaimana lagi cara kita untuk menjaga kesihatan?
--> Bagimanakah keadaan kesihatan rakyat di Brunei? Apakah yang telah Kebawah Duli Baginda Sultan titahkan/perkenankan agar kesihatan rakyat di Brunei sentiasa terjaga? 

C) Sekiranya kamu terhenti dan tidak ada idea untuk bercakap, pemeriksa akan membantu kamu dengan mengajukan beberapa soalan yang berkaitan dengan gambar (mengikut kesesuaian).
- Gunakan soalan tersebut untuk memikirkan idea-idea yang lain. Akan tetapi, jika kamu tidak tahu jawapannya, berterus-teranglah dengan pemeriksa; dan nyatakan keinginan kamu untuk menjawab soalan yang lain. 
- Elakkan daripada/ jangan hanya menjawab dengan 'ya', 'mungkin', 'tidak tahu', atau dengan hanya menggunakan satu perkataan sahaja. Cuba analisis soalan yang diberikan dan Keluarkan pendapat kamu.
** Setiap soalan yang diberikan oleh pemeriksa adalah bertujuan untuk membuat kamu berfikir dan bercakap. 

Diharapkan agar semua pelajar bersedia untuk ujian ini. 

Sekian untuk makluman, SELAMAT MAJU JAYA!
(Cg.Linn)
BAHASA MELAYU TAHUN 8 - KERTAS I
Masa : 2 JAM
Markah keseluruhan : 100

Arahan soalan: Jawab 3 soalan sahaja; SATU daripada Bahagian A, SATU daripada Bahagian B, dan SATU daripada Bahagian C.

BAHAGIAN A (40 Markah) - KARANGAN 
Pilih satu tajuk daripada tajuk-tajuk karangan yang diberikan; panjangnya tidak kurang 180 patah perkataan.
- Karangan menyambung cerita/Karangan jenis pengalaman/Karangan jenis pendapat/Karangan jenis gambaran dan sebagainya.

BAHAGIAN B (30 Markah) - KARANGAN BERFORMAT
Pilih satu tajuk daripada tajuk-tajuk yang diberikan; panjangnya tidak kurang daripada 100 patah perkataan.
- Surat Kiriman Rasmi/Surat Kiriman Tidak Rasmi/Karangan Pendek

BAHAGIAN C (30 Markah) - RUMUSAN
Pilih SATU sahaja. Panjang huraian rumusan hendaklah lebih kurang 80 patah perkataan.
- Rumusan berbentuk gambar/ Berbentuk carta
----------------------------------------------------------------------------

BAHASA MELAYU TAHUN 8 - KERTAS II
Masa : 2 JAM
Markah keseluruhan : 100

BAHAGIAN A (35 Markah)
Soalan A1 - Fahaman berbentuk dialog.
Soalan A2 - Fahaman + Beri maksud perkataan.
                  - Soalan Pelajaran Jawi - Jawab sama ada soalan (a) ATAU (b), DAN soalan (c).
                    Soalan A (Tukar petikan ke dalam tulisan JAWI),
                    Soalan B (Tukar petikan ke dalam tulisan RUMI),
                    Soalan C (Isikan tempat kosong) - Jawapan disediakan dalam kotak.

BAHAGIAN B (20 Markah) - RUMUSAN
Buat satu ringkasan yang panjangnya kira-kira 70 patah perkataan sahaja.

BAHAGIAN C (35 Markah) - TATABAHASA
MCQ - 10 soalan (Kata seru, kata ganti nama, kata majmuk, kata ganda, imbuhan).
Soalan petikan pendek - imbuhan.
Ayat Aktif dan Ayat Pasif.
Ayat Majmuk.

BAHAGIAN D (10 Markah) - PERIBAHASA
MCQ - 6 soalan
Perambahan Brunei - 2 soalan
Peribahasa - 2 soalan



[UPDATE!! ]
Disebabkan ramai pelajar yang tidak menulis tarikh sewaktu kelas Pengetahuan Bahasa diadakan, di sini cikgu berikan link nota-nota Peribahasa & Perambahan Brunei yang berkaitan. Daripada kesemua contoh-contoh (Link) tersebut, hanya 10 akan dikeluarkan. Selamat Maju Jaya :)

Link 1
Link 2
Link 3
Link 4
- Link 5
Link 6

STATUS (Dikemas kini 1-6-2015, Isnin)
Jika pelajar melayari blog ini dengan menggunakan telefon bimbit, sila 'view web version'.

Bagi memudahkan pelajar (yang tidak hadir ke sekolah, yang tidak ada nota, ketika kelas ditangguhkan disebabkan ada acara sekolah atau hal lainnya), link untuk nota pelajaran sejak dari awal Penggal Kedua Persekolahan bermula (kecuali nota yang berpandukan / diambil dari Buku Teks Tahun 8) + nota tambahan ada dilampirkan di sini. Sila tekan tajuk/link tersebut untuk memuat turun nota berkenaan. 

Bagi yang tidak disertakan link, pelajar bolehlah merujuk Buku Teks Tahun 8 atau dengan melayari internet bagi nota tambahan.
* Sila semak ejaan dalam nota berkenaan. Sekiranya ada kesilapan yang berpunca daripada 'typing error', tolong perbetulkan. 

Nota Penggal Kedua Persekolahan

17) Karangan Jenis Laporan [17-3-2015, Selasa]
18) Kata Sendi Nama [21-3-2015, Sabtu]
19) Karangan Jenis Berita [24-3-2015, Selasa]
20) Peribahasa  [25-3-2015, Rabu]
21) Karangan Jenis Fakta [14-4-2015]
22) Bidalan [15-4-2015]
23) Kata Bilangan ( Rujuk Buku Teks Tahun 8, m.s:131-132) & Kata Penguat (Buku Teks, m.s: 144) [18-4-2015, Sabtu]
24) Imbuhan Awalan dan Akhiran (Buku Teks m.s: 160-162) [23-4-2015, Khamis]
25) Karangan Jenis Perbincangan [25-4-2015, Sabtu]
26) Imbuhan Apitan dan Sisipan (Rujuk Buku Teks m.s 224-225) [30-4-2015, Khamis]
27) Jenis-Jenis Ayat (Rujuk Buku Teks m.s: 234-235) [7-5-2015, Khamis]
28) Ayat Aktif dan Ayat Pasif (Buku Teks m.s: 264-265) [14-5-2015, Khamis]


Dikemas kini: 20-5-2015, Rabu
<<Dikemas kini: 28-5-2015, Khamis>>

Assalamualaikum WBT dan selamat sejahtera kepada semua pelajar. Sila ambil perhatian.
Bermula 19/5/2015 hingga 1/6/2015 kita akan mula mengulangkaji topik-topik yang akan dikeluarkan untuk Peperiksaan Pertengahan Tahun*.

Pelajar hanya perlu membawa Buku Kerja Bahasa Melayu Tahun 8 di sepanjang tempoh berkenaan, kecuali jika ada arahan lain diberikan. Pelajar juga diminta untuk mengambil perhatian sewaktu sesi ulangkaji dan bertanya mana-mana soalan yang tidak difahami. Elakkan daripada bercerita kosong sewaktu sesi penerangan serta jangan berbuat bising.
--------------------------------------------
Tarikh Peperiksaan Pertengahan Tahun : Kertas I (2-6-2015) & Kertas II (4-6-2015)
Markah Keseluruhan: 100 %.

KERTAS 1 (1 jam dan 30 minit)

Bahagian A - Karangan (40 Markah)
❤️ Ada 5 soalan - Pilih satu.

Tips:
- Baca arahan dengan teliti.
- Pilih karangan yang dirasakan dapat dibuat (pelajar boleh memberikan contoh dan huraian isi karangan dengan baik).
-Tulis rangka karangan secara ringkas sebagai panduan. Tujuannya agar mudah untuk mencari isi yang sesuai mengikut susunannya (huraikan isi yang penting dulu). Satu isi dalam satu perenggan = Isi + Contoh + Huraian.
- Gunakan perkataan yang sesuai.
- Elakkan dari mengulang ayat/ isi yang sama.
- Periksa tatabahasa yang digunakan. Pastikan tidak ada kesalahan ejaan.
- Panjang karangan sekurang-kurangnya 180 patah perkataan ke atas. Jika kurang, markah akan dipotong.
* Pastikan tulisan kamu kemas dan boleh dibaca.

Bahagian B (30 Markah)
❤️ Ada 3 soalan - Pilih satu.
- Soalan jenis surat kiriman rasmi (nama pengirim dan alamat penerima telah disediakan).
- Soalan jenis surat kiriman tidak rasmi (Tulis surat tersebut berpandukan arahan).
- Soalan jenis karangan pendek.

Tips:
- Baca arahan dan fahami.
- Kenal pasti format karangan yang hendak kamu tulis & tulis surat berkenaan dengan berpandukan arahan yang diberikan.
- Gunakan kata ganti nama yang sesuai (Aku, Saya, Cucunda, Puan Pengetua dan sebagainya).
- Periksa tatabahasa dalam ayat. Pastikan juga tidak ada kesalahan ejaan.
- Panjang karangan dalam bahagian ini ialah tidak kurang 100 patah perkataan.
* Pastikan tulisan kamu kemas dan boleh dibaca.


Bahagian C - Rumusan (30 Markah)
❤️ Carta Aliran (jenis karangan pendek - tidak ada peratus %) 

Tips:
- Baca arahan dengan teliti.
**Dalam rumusan ada pendahuluan, huraian isi tersurat (isi yang ada dalam carta) dan huraian isi tersirat/tersembunyi (isi yang diperolehi dengan menggunakan pendapat pelajar sendiri), serta kesimpulan (penutup rumusan) --> Kesemuanya ditulis dalam satu perenggan sahaja**

- Huraikan setiap item mengikut urutan (mengikut tanda anak panah/arrows)
- Setelah menulis kesemua isi, kira jumlah patah perkataan. 
- Gunakan pendapat kamu sendiri untuk menulis huraian isi selain apa yang tertulis dalam carta. Berikan pendapat/fakta yang berkaitan dengan keadaan realiti/ pendapat yang boleh diterima].
- Periksa ejaan dan ayat yang ditulis. Pastikan tidak ada kesalahan. Jangan lupa untuk menulis jumlah patah perkataan rumusan yang dibuat.
- Tulis rumusan sekurang-kurangnya 80 ke 85 patah perkataan sahaja. Jika terlebih, markah akan dipotong.
--------------------------------------------

KERTAS 2 (1 jam dan 30 minit)

Bahagian A - Kefahaman (15 Markah)
❤️ 5 soalan kefahaman - 10m
❤️ 5 soalan memberikan maksud perkataan - 5m


Bahagian B - 25 Markah
❤️ Ringkasan (70 patah perkataan) - 20m
Tips:
- Baca secara teliti.
- Fahami jalan cerita dalam petikan teks.
- Cari isi-isi penting (1 isi dalam 1 perenggan).
- Kemudian gunakan penanda wacana untuk menyambung ayat isi yang diperolehi.
- Jangan masukkan contoh dalam ringkasan kamu,
- Tulis sekurang-kurangnya 70 - 75 patah perkataan sahaja dalam satu perenggan.

Cara-cara menjawab soalan ringkasan, klik link di bawah ini:
Latihan Ringkasan & Cara menjawab

❤️ Menukarkan petikan teks Jawi kepada Rumi - 5m

Bahagian C - Tatabahasa (50 Markah)
❤️ Soalan Objektif/MCQ - sebanyak 20 soalan - 20m
Meliputi topik: Ayat tanya, Imbuhan, Kata Adjektif, Kata Ganti Nama, Kata Bilangan, Kata Penguat, Kata Arah (Rujuk buku teks, atau layari internet).

❤️ Imbuhan - sebanyak 10 soalan - 10m

❤️ Menukarkan ayat kepada Ayat Aktif atau Ayat Pasif - sebanyak 7 soalan - 14m

Tips:
- Ayat Aktif dikenali dengan imbuhan 'meN-, mem- dan lain-lain' dalam kata kerjanya
contoh: 'Ali membuang sampah itu'.

- Ayat pasif dikenali dengan penggunaan 'di-' + 'oleh' dalam ayat.
contoh: "Sampah itu dibuang oleh Ali"

❤️ Jenis-Jenis ayat - sebanyak 6 soalan (membina ayat) - 6m

Bahagian D - Peribahasa (10 Markah)
❤️ 6 soalan objektif/MCQ - 6m
contohnya: Diam-diam ubi berisi, membabi buta, bagai lebah menghimpun madu
[Baca simpulan bahasa, perumpamaan, pepatah dan bidalan] Tidak ada Perambahan Brunei/Bahasa Melayu Brunei.
❤️ 2 soalan simpulan bahasa - 4m
--------------------------------------------  

Sekian untuk makluman.
P/s: Sila rujuk Buku Teks/layari internet bagi topik-topik ulangkaji yang dinyatakan.
[Cg.Linn]
[STATUS : DITUTUP]

Assalamualaikum WBT dan selamat sejahtera kepada semua pelajar.
Seperti yang tertera pada tajuk di atas, cikgu ingin memaklumkan tentang peraduan menulis rencana sempena Hari Air Sedunia 2015 (yang disambut pada 22 Mac setiap tahun).

Tujuan peraduan adalah untuk menyemai dan mencungkil bakat-bakat penulisan dalam kalangan penuntut, serta memberikan kesedaran kepada mereka tentang kepentingan untuk berjimat dalam penggunaan air. Sehubungan dengan itu, pihak penganjur (Jabatan Kerja Raya, melalui Jabatan Perkhidmatan Air) menjemput pelajar sekolah menengah di seluruh negara untuk menyertainya mengikut kategori masing-masing:

KATEGORI A (Penuntut Tahun 7 - 8)
- Pemenang Pertama : Wang Tunai BND 250
- Pemenang Kedua   : Wang Tunai BND150
- Pemenang Ketiga   : Wang Tunai BND 100

Panjang Karangan 
300 - 400 patah perkataan

Syarat dan Peraturan
  • Terbuka kepada penuntut yang terdiri daripada Rakyat KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.
  • Penuntut Tahun 7 hingga Tahun 11 bagi Sekolah Menengah seluruh Negara.
  • Peraduan ini dibukakan mengikut katergori seperti di bawah:
         KATEGORI A (Penuntut Tahun 7 - 8)           : 300 - 400 patah perkataan
         KATEGORI B (Penuntut Tahun 9 - 11)         : 400 - 500 patah perkataan
  • Setiap peserta hanya dibenarkan untuk mengemukakan SATU (1) BUAH RENCANA sahaja, dan belum pernah tersiar dalam media masa atau media elektronik baik di dalam atau di luar negara (Rencana penuntut hendaklah hasil karya sendiri, bukan hasil tulisan orang lain).
  •  Pilihan tajuk adalah seperti berikut:
  1. "Air dan Pembangunan Mapan"
  2. "Jimat Air Amalan Mulia"
  •  Isi rencana hendalah bersifat umum, dan tidak bertentangan dengan dasar Kerajaan KDYMM dan tidak bertentangan dengan falsafah Melayu Islam Beraja.
  • Cara Penulisan:
  1.  Ditulis dalam Bahasa Melayu sahaja (dengan ejaan yang betul dan terkini).
  2. Ditaip menggunakan komputer, dengan jarak langkau (line and paragraph spacing) 1.5 - tidak termasuk petikan dan nota kaki / footer, berserta font size 11 (Arial), dan menggunakan kertas A4.
  3. Jika penuntut memasukkan ayat/sedikit petikan dari tulisan orang lain, hendaklah dinyatakan nama penulis tersebut.
  4. Rencana hendaklah dihantar dalam TIGA (3) salinan sahaja termasuk salinan asal.
  •  Rencana yang dihantar untuk peraduan adalah tidak dibenarkan untuk diterbitkan kepada mana-mana organisasi atau agensi lain sebelum atau selepas keputusan peraduan diumumkan (hasil tulisan penuntut adalah menjadi hak milik pihak penganjur).
  • Jawatankuasa Peraduan tidak bertanggungjawab atas kehilangan atau kerosakan semasa rencana penuntut dalam pengiriman.
  • Panel hakim yang berkelayakan akan dilantik, dan keputusan adalah muktamad.
  • Pihak penganjur berhak menarik balik hadiah yang telah dimenangi jika didapati pemenang melanggar syarat dan peraturan.
  • Keputusan peraduan dan sesi penyampaian hadiah akan dimaklumkan kemudian pada Majlis Air Sedunia 2015 dalam bulan Mei 2015.

Tarikh akhir menghantar rencana kamu kepada cikgu adalah pada 16 April 2015 (Khamis).
* Sila pastikan kamu menulis nama, tahun dan nama sekolah dalam kertas rencana yang dihantar. Pastikan juga ejaan adalah betul :)

Sekian untuk makluman semua.
Cg.Linn (Publish 14/4/2015)