SASCAT BAHASA MELAYU
TAHUN 8
MASA: SATU JAM
Arahan
1. Kertas ujian ini mengandungi 4 bahagian (bahagian A, B, C, dan D) dan kamu dikehendaki untuk MENJAWAB KESEMUA BAHAGIAN.
2. Markah keseluruhan bagi kertas ini ialah 60 markah.
3. Baca soalan dengan teliti sebelum memberikan jawapan. (Pelajar dilarang bercakap-cakap/ meninggalkan tempat duduk sewaktu ujian sedang dijalankan. Peraturan lainnya akan diterangkan sebelum kertas ujian diberikan).
4. Tulis jawapan dengan menggunakan pen hitam atau biru yang dibenarkan sahaja.
5. Jika sudah selesai, jangan lupa untuk menyemak jawapan kamu.
----------------------------------------------
BAHAGIAN A(20 markah) - KEFAHAMAN & JAWI
- Soalan 1 - 5 : Kefahaman
- Soalan 6 : Soalan beri maksud / beri erti perkataan
- Soalan 7 : Menulis perkataan rumi ke dalam ejaan jawi
BAHAGIAN B(10 markah) - RINGKASAN
- Meringkaskan petikan menjadi lebih kurang 50 patah perkataan. Kamu digalakkan supaya menggunakan ayat kamu sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.
BAHAGIAN C (20 markah) - TATABAHASA
- Soalan tentang golongan kata yang telah dipelajari (Kata nama am, khas, ganti nama diri, kata adjektif dll)
- Soalan Imbuhan (meletakkan imbuhan yang sesuai bagi perkataan yang bergaris dalam petikan) Contohnya:
Selepas itu saya ______________ (ajak) adik berjalan-jalan.
Jawapannya: Selepas itu saya mengajak adik berjalan-jalan.
BAHAGIAN D (10 markah) - PENGETAHUAN BAHASA
- Ada 2 soalan. Contoh arahan: Tulis simpulan bahasa yang sesuai bagi petikan berikut.
- Ada 3 soalan. Contoh arahan: Tuliskan Perambahan Brunei yang sesuai dengan maksud berikut.
- Ada 5 soalan. Contoh arahan: Padankan perumpamaan dengan maksud yang diberikan di bawah. Tulis sama ada A, B, C, D atau E di dalam petak yang disediakan
------------------------------------------------------------------------
Untuk ujian ini, Tidak ada karangan, Tidak ada surat kiriman, dan Tidak ada rumusan.
Jika pelajar tidak mempunyai nota-nota tertentu (disebabkan tidak hadir ke sekolah atau hal lainnya), sila semak entri sebelum ini. Link untuk memuat turun nota berkenaan ada disediakan. Selamat mengulang kaji
[Cg.Linn]
soli bout that! Cher, me kelly
ReplyDelete