[TERKINI 14/8/2015] #TIPS MENJAWAB UJIAN LISAN
Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada pelajar-pelajar sekalian.
Beikut adalah jadual bagi Ujian Lisan Bahasa Melayu bagi Tahun 8.
No giliran adalah mengikut senarai nama dalam 'register list'.
11-8-2015 (Selasa)
Kesemua pelajar lelaki T8R & TY8B
12-8-2-15 (Rabu)
Kesemua pelajar perempuan T8R & T8B
13-8-2015 (Khamis)
Kesemua pelajar lelaki T8G & T8Y
17-8-2015 (Isnin)
Kesemua pelajar perempuan T8G & T8Y
---------------------------------
Jam: 1:00 hingga 4:00 petang [mengikut kesesuaian].
Tempat: Perpustakaan sekolah.
====================
TEKNIK MENJAWAB UJIAN LISAN
Ujian lisan diadakan adalah untuk menguji kebolehan pelajar berkomunikasi menggunakan bahasa Melayu standard dengan betul dalam pelbagai bidang. Contohnya soalan/gambar akan berkisar tentang bidang pendidikan/ ekonomi/ isu semasa/ sains dan sebagainya. Dengan melakukan ujian lisan, tahap kefahaman pelajar dan kebolehan pelajar menyampaikan maklumat dapat diuji. Kelak, selepas kamu tamat persekolahan, kebolehan berkomunikasi secara lisan amat penting untuk kerjaya kamu.
1. BUAT PERSEDIAAN
- Banyakkan membaca bahan-bahan dalam bahasa Melayu (contohnya tentang isu-isu semasa, sama ada di dalam/luar negara).
- Perlu berlatih untuk bertutur dalam bahasa Melayu terutamanya sewaktu kelas Bahasa Melayu berlangsung. Pada masa yang sama, cuba untuk berkomunikasi dengan rakan-rakan kamu dengan menggunakan bahasa Melayu yang betul.
2. HADIR TEPAT MASA
- Pastikan kamu berada di tempat ujian lisan diadakan sekurang-kurangnya beberapa minit lebih awal.
3. BERPAKAIAN YANG SESUAI DAN KEMAS
- Pakaian mestilah kemas dan tidak kotor.
4. BERTENANG.
- Sewaktu duduk di hadapan pemeriksa, kamu hendaklah bertenang dan percaya diri, walaupun mungkin nanti ada pertanyaan yang diajukan sedikit payah/tidak diketahui cara menjawabnya.
- Mulakan perbualan dengan memberi salam atau mengucapkan 'selamat petang' kepada pemeriksa. Dan apabila tamat ujian lisan, ucapkan 'terima kasih'.
- Di sepanjang perbualan kamu dengan pemeriksa, panggil mereka 'Cikgu' dan jangan menggunakan perkataan 'engkau/kau/kamu' bagi merujuk dirinya. Itu adalah tidak sopan.
5. BERI JAWAPAN TERBAIK.
- Setelah kamu diminta untuk menghuraikan gambar yang kamu terima, mulakan dengan ayat "Gambar ini menunjukkan...." , "Peristiwa yang terjadi di dalam gambar ini adalah..." , "Dari apa yang saya boleh fahami, gambar ini menceritakan tentang...", dan sebagainya.
- Cuba untuk terus bercerita dengan mengaitkannya dengan kehidupan sebenar. Contoh menjawab adalah seperti latihan rumusan:
A) Kamu ceritakan dahulu tentang hal-hal/perkara/kejadian yang boleh kamu nampak/fahami dalam gambar.
B) kemudian kaitkan gambar tersebut dengan kejadian yang berlaku dalam kehidupan sebenar. Contohnya tajuk/gambar yang diberikan kepada kamu adalah tentang menjaga kesihatan.
--> Cuba kamu nyatakan apa kepentingan menjaga kesihatan?
--> Selain daripada bersenam, kita juga perlu makan makanan yang seimbang. Berikan contohnya.
--> Selain bersenam dan makan yang seimbang, bagaimana lagi cara kita untuk menjaga kesihatan?
--> Bagimanakah keadaan kesihatan rakyat di Brunei? Apakah yang telah Kebawah Duli Baginda Sultan titahkan/perkenankan agar kesihatan rakyat di Brunei sentiasa terjaga?
C) Sekiranya kamu terhenti dan tidak ada idea untuk bercakap, pemeriksa akan membantu kamu dengan mengajukan beberapa soalan yang berkaitan dengan gambar (mengikut kesesuaian).
- Gunakan soalan tersebut untuk memikirkan idea-idea yang lain. Akan tetapi, jika kamu tidak tahu jawapannya, berterus-teranglah dengan pemeriksa; dan nyatakan keinginan kamu untuk menjawab soalan yang lain.
- Elakkan daripada/ jangan hanya menjawab dengan 'ya', 'mungkin', 'tidak tahu', atau dengan hanya menggunakan satu perkataan sahaja. Cuba analisis soalan yang diberikan dan Keluarkan pendapat kamu.
** Setiap soalan yang diberikan oleh pemeriksa adalah bertujuan untuk membuat kamu berfikir dan bercakap.
Diharapkan agar semua pelajar bersedia untuk ujian ini.
Sekian untuk makluman, SELAMAT MAJU JAYA!
(Cg.Linn)
ada teknik tak ada contoh soalan untuk rujuk,apa guna?
ReplyDeleteNice! Keep up the good work!
ReplyDeleteThis is useful for me thank you so much for the tips!
ReplyDeleteToday i know that means..its means work hard,stay smart and keep call.
ReplyDeleteITS GOOD
ReplyDeleteGhisauuuu😢
ReplyDeleteSamela
Delete🤓👍💕
Delete